Ustaz Kazim dibawa ke unit kecemasan

PENCERAMAH bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.

Pembantu Peribadinya ketika dihubungi berkata, Ustaz Kazim dibawa ke unit kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini 2.30 petang semalam untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Ustaz sekarang sakit dan kurang sihat… jadi kami membawanya ke hospital semalam dan ustaz sudah dibenarkan pulang ke rumah.

“Selepas balik ke rumah ustaz mengadu masih lagi berasa sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga mengembung,” katanya.

Menurutnya, doktor yang membuat pemeriksaan sudah memberikan ubat dan memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Ustaz Kazim dalam keadaan baik.

“Kami membawanya juga ke hospital semalam kerana bimbang ada batu karang, tetapi doktor kata tiada dan semuanya elok.

“Tetapi yang kami hairan ustaz tetap mengadu berasa terlalu sakit pada bahagian belakang,” katanya.

Katanya, pihaknya akan memaklumkan kepada semua daripada semasa ke semasa berkenaan tahap kesihatan Ustaz Kazim.

Terdahulu, Ustaz Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya memuatnaik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Di dalam status berkenaan Ustaz Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikannya nasihat dan petua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : HM

Be the first to comment on "Ustaz Kazim dibawa ke unit kecemasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*